Pages

9.20.2012

Tidur

Salam.

Aku rasa mana-mana ibu kalau ditanya apa yang paling dirindui/diperlukan lepas dah ada baby rata-rata akan jawab TIDUR LENA. Aku pun tak terkecuali. Serius.

Setakat bergelar ibu sejak 7 bulan lepas, ikhlas aku cakap tidur malam memang tak pernah cukup. Bukan sebab aku tidur lewat. Aku rasa aku selalu tidur awal sejak Hannah ada ni. Silap hari bulan lepas tidurkan Hannah, kami sekali join tidur. Even tidur seawal 9 malam, tidur still tak selena dan seaman dulu. Bukan jugak aku ni kaki tidur so aku rasa tidur aku dah makin tak lena sejak ada Hannah tapi sebab tidur malam dah tak directly 6-8 jam macam dulu-dulu. Dah tak dapat tidur berkualiti.

Kalau ikutkan, untuk dapat rehat yang cukup memang la dengan tidur malam tanpa gangguan 6-8 jam. Bila cukup tidur, bangun pagi pun segar, pergi kerja pun rasa seronok. Tapi memang jarang nak dapat tidur direct 6 hours non-stop sekarang ni. Sebab Hannah-chan akan bangun menyusu.

Hannah selalu tidur around 8-9 pm. Tapi biasanya lepas maghrib dia dah start merapu nak tidur. Selalu Irman yang tidurkan. Tapi kadang-kadang sambil menyusu terus tertidur. Tu kalau dia dah mengantuk sangat la. Sekarang ni dah pandai melawan mata tahan mengantuk taknak tidur. Kitorang biarkan je dia main sampai dia tak larat. Pastu baru tidurkan. Kalau tak, buang masa je dodoikan/susukan.

So kalau Hannah dah tidur between 8-9 ni selalunya dia akan bangun menyusu start dari pukul 12 ke atas. Kadang awal sikit, kul 11. Then tengok la macam mana. Kadang-kadang 2 kali lagi sebelum subuh, kadang sekali je. Tapi selalunya 3-4 kali semalaman. Macam tu la rutin tidur malam aku. Dan Irman. Kalau Hannah bangun menyusu je, Irman takde la bangun. Kalau Hannah tiba-tiba merengek menangis tengah malam, Irman la yang tidurkan. Aku tak reti dodoikan Hannah. Agaknya memang Hannah pun dah terbiasa didodoikan oleh ayah dia. Tu yang mudah je dia tidur kalau Irman dodoikan.

Since every night kami tidur dalam alert mode, we pretty much didn't get the quality sleep. Ini teori Irman la. Boleh pakai jugak sebenarnya. Sebab before this, aku memang jenis yang tidur mati. Memang susah nak jaga. Boleh kata bila letak kepala kat bantal, terus lena sampai pagi. Aku memang macam tu. Sampaikan aku risau kot-kot tak terjaga kalau anak menangis malam. Rupanya anugerah Allah pada ibu-ibu ni memang istimewa. Hannah merengek sikit je aku dah jaga. Kadang-kadang Irman pun tak sedar siap boleh claim esoknya yang Hannah tak bangun malam tu. Padahal dah 3 kali bangun tapi dia yang tak sedar. He's opposite to me when it comes to sleeping. Dia lagi mudah jaga berbanding aku. Heheh

So, once every 2 hours kita jaga, tak dapat la aku nak capai matlamat tidur berkualiti yang 6-8 jam tu. Dan sekarang ni Hannah kadang bangun main tetengah malam. Selalu kami biarkan aje dia main. Golek-golek, guling-guling sorang-sorang. Kalau larat aku temankan la tapi biasanya aku terlelap sambil menunggu tu. Tau-tau Hannah dah merengek nak tidur. Bila tengok jam, dekat sejam jugak dia main sorang-sorang. Tu ok la dia bangun main sorang. Belum cerita kalau bangun malam mengigau. Bab ni memang letih la kami. Terjaga terus melalak. Hadoi. Pastu ambik masa pulak nak bertenang. Kalau sekali jaga takpe lagi. Kadang-kadang 2-3 kali mengigau satu malam. Mana tak berpinau bijik mata.

So sekarang ni Irman cakap jangan diajak Hannah galak sangat. Maknanya jangan duk agah sampai dia gelak mengekek. Seronok sangat. Bahananya, malam karang mengigau. Masalahnya, Hannah ni kadang-kadang aku panggil nama dia je pun dah tergelak. Tak paham mana yang lawaknya. Nyanyi lagu biasa la, tersengih sampai ke telinga. Kalau main kejar-kejar siap la. Standby je la nak berjaga malam karang. Jenuh!

Maka, tak dinafikan setiap hari pergi ofis memang mengantuk. Belum kira lagi masuk meeting. Memang akan tekun sampai terpejam-pejam mata. Nasib baik tak tersengguk-sengguk. Boleh dikatakan tiap kali lepas pump session, mesti aku cat nap kejap. Cat nap ke? Kadang terlajak jugak. Huhuh.. Tapi serius cakap, memang aku selalu terlelap kalau masuk meeting sejak dah ada Hannah ni. Ni memang pengakuan jujur ni. Bukan nak cakap sebelum ni aku tak ngantuk masuk meeting, tapi biasa aku steady je even malam sebelum tu tidur lewat dan sebelum meeting makan nasi lemak. Tapi sekarang kalau makan nasi lemak before meeting, memang lagi hebat la dia punya mengantuk tu. Mata pun stim jek.

Dan memang ramai kawan-kawan/sepupu-sepapat yang cakap aku kurus/maintain slim lepas bersalin ni. Aku pun rasa sedemikian. Mana tak kurus, tidur tak cukup. Lagipun masa pregnant memang tak naik banyak pun. So, aku menyimpulkan rahsia aku kurus adalah kerana kekurangan tidur berkualiti. So, kalau sesape nak cepat kurus, cuba la tidur malam tu kunci jam every 2 hours. Lepas tu bangun kejap dalam 10-15 minit pergi basuh pinggan ke, basuh baju ke, then tidur balik. Ulang sampai korang mencapai berat ideal. Aku rasa berjaya kot. Tapi esoknya jangan la melantak makan berpinggan-pinggan pulak. Makan macam biasa je. Baru la mujarab.

Akhir kata, sebenarnya entri kali ni yang berjela-jela ni nak bagitau yang aku tak cukup tidur sebenarnya. Tu pasal asyik ngantuk manjang. Dan just nak bagitau kat temen-temen yang bakal jadi ibu bapa tak lama lagi, sila la bersedia mental dan fizikal serta emosi. Bukan mudah tugas ibu bapa ni. Tu baru sebut tugas, belum sebut tanggungjawab lagi. Sama macam kahwin jugak. Bukan sekadar nak seronok 2-3 bulan, tapi komitmen sepanjang hidup. Begitu jugak la halnya nak jadi ibu bapa ni. Kena pandai bahagikan masa dan tugas suami isteri. Dan tugas isteri zaman sekarang ni makin bertambah. Pagi pergi kerja, petang balik rumah dah jadi surirumah pulak menguruskan rumah dan keluarga. So para suami, sila la bantu ringankan tugas isteri. Jangan berat bontot tulang nak tolong basuh gelas lepas minum, tolong masak sekali sekala. Tak rugi pun tolong. Isteri pun gembira. Tak caya, try la. Aku memang rasa macam terangkat satu beban bila tiba-tiba Irman offer nak masak lepas balik kerja. Tak kisah la masak apa pun tapi rasa macam ringan sikit beban kat bahu. Memang sangat menenangkan. Seriously.

Bila nak berenti menaip nih? Tadi dah tulis akhir kata.

Ok la. Just nak bagitau be prepared and expect the unexpected. Dan bila kita rasa down dan tak cukup tidur, ada lagi orang lain di mukabumi ini yang lagi bermasalah dari kita dan mungkin tak dapat tidur malam langsung!

Ayah panda, ibu panda dan Hannah-chan ceria di pagi Syawal yang lalu


TTFN!,
{wanyusnira}

2 comments:

NOOR AFIQAH said...

agaknya macamana la fiqah nanti..

wanyusnira said...

most parents macam ni rasenye. kecuali anak duk kat kg ngn tok nenek. heheh.. tp mak ai ckp kurus sbb breastfeed. Hannah-chan dh sedut sume zat yg ai makan. huhu..