Pages

10.04.2012

3 Purnama Terakhir

Salam.

Ewah. Tajuk tak boleh blah. Bajet novel/telemovie/telenovela ke??? Gasak la korang nak cakap apa. 

Ni sebenarnya nak bagitau yang khidmat aku di JKR akan expired lagi 3 bulan. Kontrak habis 31 Disember 2012. So kurang lebih lagi 3 bulan la berkhidmat sebelum berambus caucincau. 

1 September lepas, yakni pada besday aku yang ke 29, aku telah dipanggil untuk temuduga SPA. Post Jurutera Awam J41. Gigih tau pepagi hari Sabtu bangun awal angkut Hannah-chan pergi interview sekali. Kul 7.30 dah terpacak depan blok dewan temuduga SPA Jalan Cenderasari tuh. Tapi ada lagi calon yang lagi awal dari aku. Memang gigih dan bersungguh-sungguh!

Lepas register, tunggu punya tunggu, dipanggil ke kaunter dan diberi bilik E, angka giliran no 5. Berdebar jugak sebab tengok calon lain macam beria menelaah segala macam info. Aku study jugak sikit-sikit. Tapi tak tahu la cukup ke tak preparation aku tuh. Makin nak dekat turn aku, makin kuat pulak berdebar. Habis segala doa dibaca. Huhu

Bila turn aku, masuk dalam dan ditemuduga. 2 orang aje panelnya. Sorang dari SPA, sorang dari JPS(kot?) sebab awal-awal tu, panel dari SPA bagitau aku diinterview untuk kekosongan di JPS. Pulak dah. Pelik jugak tapi carry on je la. Mostly soalan dari panel SPA. Common knowledge and issues. Panel dari JPS tanya soalan teknikal la kan. Tanya pulak pasal projek Pantai Sabak zaman-zaman aku kat RPM dulu. Dah la aku involve time compile final report je. Langsung tak ingat apa isi dalam report tu. Memang aku lupa la apa jenis penahan hakisan yang digunapakai. Ayooooo...

So, aku rasa interview aku hari tu ok la. Cume fail nak jawab masa soalan teknikal tu. Dan orang cakap, 30% markah dari panel teknikal dan 70% markah dari panel SPA. Dan aku rasa aku banyak menjawab soalan dari panel SPA dengan agak baik. Aku rasa la kan..

1 Oktober. Result rasmi interview dah keluar. Dan seperti yang aku dapat tahu dari result tak rasmi minggu lepas, ni la keputusannya:  

Dukacita anda tidak berjaya dalam urusan ini.


Haa kau... Maknanya cepat-cepat la cari kerja lain sebelum tamat kontrak ni. Kan.

Nak kata terkilan tu ada la sikit.Tapi takde la nak frust sangat sebab bukan aku sorang yang dapat keputusan dukacita tu. Most CFS tak dapat. Kat cawangan aku ni pun, sorang je yang dapat jadi calon simpanan. Ok la, ada harapan lagi.

Mak pun cakap bukan rezeki. Actually aku pun redha je. Pasti ada rezeki yang lebih baik untuk kami semua ni. Tapi ralat jugak la kan. Dah servis 3 years plus tapi macam tak diberi peluang untuk sambung servis. Macam la kami ni teruk sangat buat kerja. But anyways, the decision has been made. Kami pasrah. Gitewww...

Oh ye. Aku lulus kursus as EMS Auditor tu. Horey! So, nak kena ambik sijil kat BLP. Then tengok la macam mana. Nak try apply kerja dengan environmental consultants kot. Mana tau ada rezeki kat sana. And aku rasa aku lebih minat buat environment compared to construction and design ni.


Hannah-chan sedang gigih meneliti bawang putih. Ibunya sedang mengasah bakat junior masterchef dalam diri Hannah-chan.


Ok la. Gambar Hannah 2 minggu lepas. Tengah duk main bawang putih. Mainan dia semua dia dah tak nak main. dah jemu katanya. Habis la segala pek nescafe, beras, tupperware ibu yang dia nak main. Aisehhh...



Jobhunter,
{wanyusnira}