Pages

11.28.2012

Harapan, Permintaan dan Doa

Salam.

Dah lama tak menulis. Tengah sibuk. Sibuk ke? Sibuk jugak la. Since Maal Hijrah hari tu hidup huru-hara. Maapkan aku.

Perkembangan terbaru, esok Hannah dah genap 10 bulan. Sekejap je kan. Sekarang tengah melasak. Merangkak sana-sini, panjat mana yang boleh. Letih mak.

Aku dah lupa bila, mungkin bulan lepas kot. Satu malam time aku duk melipat baju sambil menonton Tanyalah Ustaz. Ni dah repeat show. Biasa air time waktu kelam kabut pergi kerja, 7 - 8 pg. Memang tak sempat nak tengok kecuali ada kat rumah (EL sebab Hannah demam, etc).

So topik malam tu was Solat Istikharah Bhgn. 3. To be honest, aku memang tak pernah buat solat istikharah. Even before kahwin hari tu. Mungkin sebab aku dah yakin dan aku bukannya perlu memilih beberapa calon/option. Hehehe

Episod yang aku tengok tu dah part last untuk topik tu. Dan aku dah tertinggal bab cara-cara solat. Malam tu mostly ustaz tu jawab soalan penonton. So aku pun layan je sambil melipat baju. Irman dan Hannah dah selamat tidur dah. Aku pun rasa takdelah penting sangat topik tu kat aku, so just sekadar pasang telinga je la.

Tiba-tiba ada seorang caller tu call ustaz. Dia bagitau yang dia kadang-kadang berdoa macam memaksa Allah tunaikan doa dia. Dia tanya, boleh ke dia buat macam tu? Dia macam terdesak kadang-kadang sampai cakap kalau Allah makbulkan doa dia, nanti dia akan buat itu ini. Maka ustaz pun jawab dengan sepotong ayat Quran. Aku dah lupa ayat apa tapi maksudnya, ustaz tu terangkan yang Allah akan makbulkan SETIAP permintaan hambanya. Tapi dalam 3 cara. Part ni sangat menarik perhatian aku. 

Cara #1. Ustaz tu cakap, cara #1 ni ialah bila kita minta A, Allah bagi kita A. Sebagai contoh, masa bujang hari tu aku doa nak kahwin dengan Fahrin Ahmad. Kurang sebulan lepas tu, datang la rombongan meminang Fahrin Ahmad merisik aku. Haa... gitu. Ni la yang dinamakan minta Fahrin Ahmad, dapat Fahrin Ahmad. Bukan Nabil Ahmad atau orang lain. (Tapi aku tak pernah le doa Fahrin Ahmad masuk meminang. Tu pasal Irman Haizal yang datang. Heheheh)

Cara #2. Bila kita doa untuk A, Allah bagi B kat kita. Ni aku gunakan contoh yang ustaz tu bagi. Ustaz tu cakap, contohnya kita duk berdoa siang malam supaya Allah bukakan pintu hati suami kita untuk jadi suami yang soleh, pemimpin keluarga yang baik. Tapi setiap kali kita doa, makin menjadi-jadi perangai suami. Lepas satu, satu skandal. 2-3 tahun lepas tu si suami meninggal. Dia tak jugak menjadi suami soleh seperti yang kita doakan. Tapi tanpa kita sedari, Allah bagi kita anak lelaki yang membesar menjadi anak yang soleh. Yang membantu ibunya. Inilah yang dimaksudkan dengan minta A dapat B.

Cara #3. Yang ni bila kita doa A, Allah tak terus bagi A. Tapi diberi kita jalan untuk ke A. Yang ni pun aku guna contoh ustaz tu bagi. Seorang lelaki berdoa nak dapat isteri baik, cantik, solehah. Sekali keluar dari masjid kenan langgar ngan minah rempit. Dah la kena langgar, kena maki pulak. Dalam hati si lelaki, aku doakan perempuan yang baik, solehah. Sekali jumpa yang ganas, kasar pulak. Adoiii... So, bawak la pergi hospital. Sampai kat hospital, doktor yang merawat ni doktor perempuan, bujang. Dalam duk tolong jahitkan luka bagai, terbekenalan pulak. Menepati ciri-ciri yang didoakan. Dan kahwin la mereka. Maka, kisah dilanggar oleh minah rempit tu merupakan jalan untuk mencapai doa itu.

Dan banyak manfaat yang aku dapat dari episod malam tu. Walaupun dah hujung-hujung, tapi memberi kesan kat aku. Betul la doa tu senjata umat Islam. Sebab Allah akan makbulkan setiap doa hambanya. Mungkin cepat dan lambat je. Dan kadang-kadang datang sesuatu yang tak seperti kita minta. Rupanya ada hikmah di sebaliknya. Wallahualam. 

Terbaru, MOF dah keluarkan surat penyambungan kontrak kami setahun lagi. Tapi bergantung pada kementerian/jabatan nak sambung ke tak sebab menggunakan peruntukan sedia ada kementerian/jabatan. Macam-mcama rumours kami dengar pasal ni. Ada yang cakap KKR sambung setahun lagi, ada yang cakap maksimum sampai 6 bulan je. Aku pun tak tahu nak percaya yang mana. Cuma aku just ambik worst case scenario je, kontrak tak disambung. Apapun, kami tengah usahakan proposal untuk diserap ke lantikan tetap. Harapnya berhasil kali ni. Dah banyak kali hantar proposal. Semua senyap je.

Kami berusaha dan tawakal je. Kalau ada rezeki kami kat sini, ada la. Kalau takde, mungkin di tempat lain. Mungkin Allah nak tunaikan permintaan kami dengan Cara #2 atau #3. Siapa tahu?


Hannah muncung (tekun) mengisi borang komen.

{wanyusnira}

11.07.2012

Broken

Salam,

Ni lagu lama dah. Memang ada dalam palylist aku. First time dengar dalam Grey's Anatomy season berapa entah. Terus cari lagu ni dan jumpa :D

So hari ni rasa nak dengar lagu pulak kat opis. So bukak la playlist aku ni. Keluar lagu ni. 

Banyak meaning actually. You may interpret this song in so many ways. And it's quite relevant to my life right now. 


Broken - Lifehouse

The broken clock is a comfort, it helps me sleep tonight
Maybe it can stop tomorrow from stealing all my time
I am here still waiting though i still have my doubts
I am damaged at best, like you've already figured out

I'm falling apart, I'm barely breathing
With a broken heart that's still beating
In the pain, there is healing
In your name I find meaning
So I'm holdin' on, I'm holdin' on, I'm holdin' on
I'm barely holdin' on to you

The broken locks were a warning you got inside my head
I tried my best to be guarded, I'm an open book instead
I still see your reflection inside of my eyes
That are looking for a purpose, they're still looking for life

I'm falling apart, I'm barely breathing
with a broken heart that's still beating
In the pain (in the pain), is there healing
In your name (in your name) I find meaning
So I'm holdin' on (I'm still holdin'), I'm holdin' on (I'm still holdin'), I'm holdin' on (I'm still holdin')
I'm barely holdin' on to you

I'm hangin' on another day
Just to see what you throw my way
And I'm hanging on to the words you say
You said that I will be OK

The broken lights on the freeway left me here alone
I may have lost my way now, haven't forgotten my way home

I'm falling apart, I'm barely breathing
with a broken heart that's still beating
In the pain(In the pain) there is healing
In your name I find meaning
So I'm holdin' on (I'm still holdin'), I'm holdin' on (I'm still holdin'), I'm holdin' on (I'm still holdin'),
I'm barely holdin' on to you

I'm holdin' on (I'm still holdin'), I'm holdin' on (I'm still holdin'), I'm holdin' on (I'm still holdin'),
I'm barely holdin' on to you




Sedang bertahan,
{wanyusnira}