Pages

12.31.2013

R.I.N.D.U

Salam.

The last day of 2013. Gained weight and gained friends.

Hurmmm... Actually takde apa pun nak tulis. Tadi just browse through old entries and terbaca kisah di uni. Which I really miss right now :( 

Miss my dear friends. A lot. Rindu suasana kat kampus. Sobs..



Maybe I just miss the freedom of a student. Dah kerja ni macam-macam nak kena timbang. And yes, 2014 will punch more holes in our pockets. Semua naik harga. Blood pressure pun naik. Haish.. Tak sanggup nak pikir. 

Tak nak fikir pasal semua tu. Prfffttt..

Masih dalam mood rindu. 


Meowwww



xoxo,
{wanyusnira}

12.06.2013

That Happy Fatty

Salam.

Semalam dah terima emel keputusan interview post di DOSH hari tu. As expected after the interview:

      Keputusan Temu Duga
:
Dukacita anda tidak berjaya dalam urusan ini.

So tidaklah heartbroken sangat kan. And life goes on. Mesti la. Takkan nak menangis meratap pulak gagal interview. Tunggu interview untuk post civil engineer la pulak. Entah bila la pulak tu kan.

Well. Walaupun tak lulus interview, patutnya sedih la kan. Tapi entah la. Makin hari makin gemuk pulak kan. Pergi ofis pun ada je benda yang boleh digelakkan secara besar-besaran. Kawan-kawan kat ofis pun seronok. Kerja macam biasa la. Ada best, ada tak best.

Last week pergi timbang kat bilik En. Halim. Penimbang dia ni advance boleh kira body fat, kalori, muscle, body age bagai kan. Shockingly, my body age is 38! Sentap nyah!!! Macam a wake up call gitu kan. So esoknya terus beli running shoes, nak berjogging untuk menyahkan segala lemak-lemak tepu kat badan gituuu. Tapi sampai hari ni belum start jogging sebab kaki Irman still tak ok lepas seliuh minggu lepas. Lagipun sekarang ni musim hujan. It's raining cats and dogs almost everyday. Alasan sangaaattt kannnnn.

Tapi seriously, memang sangat terasa diri ini telah gemuk sebab kain baju kurung dah sendat, nak zip seluar jeans pun dah susah. And bayangkan masa senamrobik ofis last week, terasa segala lemak kat perut gendutku ini bergoyang turun naik masa duk lompat-lompat tu. Sungguh huduh!!!


Perut gendut goyang-goyang macam perut Hippa & Bow Wow tengah melompat. Nangessss!!!


Maka, aku mula berazam untuk menguruskan badan. Mampukah???

Tengok je la update lagi sebulan dua kan. Harapnya dah kurus la time tu :D




Slim downnnn,
{wanyusnira}


11.21.2013

30, Flirty and Thriving

Salam.

Sape yang pernah tonton 13 Going on 30 mesti ingat tajuk aku ni. Ayat tu dari Poise yang Jenna (Jennifer Garner) duk sebut-sebut dalam closet masa birthday partinya yang ke-13 tu. Tup tup dia bangun tidur umur dia dah 30. Haaaa... Kalaulah hidup ini seajaib tu kan. Tabur wishing dust and just make a wish!

I wish for otherwise!

I'm already 30 last September. Welcome middle age me! 

It wasn't so bad being 30. Takde la menakutkan sangat. Aku pun bukanlah kisah kalau ada yang tanya umur berapa. Tak pernah pulak segan-segan nak jawab. Age is just a number. But hopefully you'll be wiser with that increasing number and see life better. 

Dan alhamdulillah, life is getting better. Hannah pun dah makin besar and makin banyak perangainya. Kadang tu penat jugak la nak melayan. Ada hari nampak comel je. Ada hari rasa nak debik je. Time tidur kesian pulak bila kena marah sebelum tu. Tapi itu la penghibur hati. Layankan aje. Nanti dah besar rindu pulak zaman dia kecik-kecik ni kan.

Time ni menyibuk nak tolong Irah potong sayur nak buat popia. Dapat la pegang kacang panjang dengan pisau plastik pun jadi la.

Sekarang ni dah pandai tengok kartun lain. Dulu manjang Tangled je. Sekarang dah pandai tengok Beauty & the Beast, Princess & the Frog, Toy Story, Little Mermaid, Brother Bear, etc. Mostly Disney's animations sebab Hannah suka tengok kartun yang ada menyanyi-nyanyi ni. Monster House pernah dia tengok sekali. Bila nak tengok lagi sekali dah taknak sebab takut. So ibu dan ayah memang takde can la nak tengok tv sebab semua cerita tu rekod kat PVR. Patut Hannah je yang bayar bil Astro sebab dia yang conquer tv. Haish.

Tapi sejak kebelakangan ni kami ada bagi Hannah tengok Upin Ipin kat youtube. So, sekarang pantang nampak laptop mesti "Pin Pin!!". Upin Ipin la tu. So dalam kereta pun bagi dia tengok Upin Ipin sebab taknak bagi dia memanjat sampai ke depan. So duk diam la sikit dalam kereta. Kalau tak ada je trick nak pergi kat Ayah tengah driving. 

Menonton Upin Ipin. Siap posing meniarap bagai. Sabar je la aku.

Semalam pergi Carrefour Midvalley bukan main bising lagi menjerit "Pin Pin!!!" duk dalam troli. Kat bahagian baby memang ada letak kadbod Geng Upin Ipin besar-besar kat atas rak semua. So si Hannah ni memang bising la duk jerit "Pin Pin!!!". Letih la jugak nak layan. Nak tengok barang pun susah. Even kadang tu tengok Upin Ipin sampai tertidur depan laptop. Taksub benor! Tepuk-tepuk nak bagi tidur pun tak bagi. Sanggup tahan mengantuk berguling-guling depan laptop tengok Upin Ipin. Hadeii.. Kuat benar pengaruh Upin Ipin ni kat budak-budak.

Kalau balik kampung, mula seronok sampai taknak minum susu, taknak tidur. Sibuk nak berkawan dengan sepupu-sepupu yang lagi besar dari dia. Kalau balik Subang, BFF Hannah is Fariha. Memang klik la 2 orang ni. Main sama-sama. Berlari keliling rumah sambil terjerit-jerit. Tapi ok la sebab berkawan elok-elok. Tak bergaduh. Sebab 2 orang ni je yang perempuan. Yang lain semua lelaki. Sorang lagi perempuan, Mira dah nak masuk Tingkatan 5. So jauh sangat beza umur. 

Dengan Budriz di Kuantan. Entah main apa masa ni.

Tengok tv sama-sama.
 
Budriz pakai topeng, Hannah pun nak pakai topeng jugak.

Ni dengan Fariha menyibuk kat abang-abang.

Fariha dah tidur. So join Ayah main dengan abang-abang pulak. Padahal dah ngantuk tu.

Kelakar tengok budak-budak ni berkawan. Semua buat benda sama. Comel. 

Rindu zaman aku kecik-kecik dulu bila balik kampung jumpa sepupu-sepapat. Merepek-repek je. Keliling kampung naik basikal, mandi pantai sampai tengahari (balik kena marah sebab hitam legam duk berjemur). Adventure zaman kanak-kanak dulu tak sama dengan kanak-kanak sekarang. Sekarang semua indoor. Depan gajet. Tak berpeluh pun. Rugi sangat.

Nampak sangat dah masuk middle age sebab duk reminisce zaman kanak-kanak. Rindu zaman kanak-kanak yang tak perlu pikir macam-macam tu. 



Kerinduan,
{wanyusnira}


8.22.2013

Making self at home

Assalamualaikum wbt

Hari ni boring-boring kat ofis ni la hasilnya:

Sebelum ni ada gambar je kat whiteboard tu.

Macam la takde kerja sangat kannn.. Padahal kerja menimbun. Ni nak cari mood namanya.


Okthxbai!



Boring,
{wanyusnira}

7.26.2013

Ramadhan 1434H

Assalamualaikum...

Dah sangat lamaaaaaaa tak tulis blog. Sibuk kot. Dan mungkin malas.

Since March, most probably sibuk dengan kerja. Neverending. Letih mak. Tapi ok la dari duk melangut je kat ofis.

Puasa tahun ni aku tukar waktu kerja 7.30 - 4.30. So pagi paling lewat kena keluar rumah 6.30 - 6.40. Kalau keluar 6.30 sharp, boleh sampai ofis pukul 7. If keluar pukul 6.40 memang ngam-ngam 7.30 baru sampai. See the 10 minutes difference? Lewat keluar 10 minit dah lari 30 minit tau. Haish.

Since 4.30 terus berdesup balik, by 5.30 dah boleh sampai rumah. Heaven! Sebab sempat tengok matahari terbenam kat rumah. Gitewww. Sebelum ni aku balik 5.30. Dekat pukul 8 baru jejak rumah. So rasanya after this terus carry on masuk ofis pukul 7.30 la. Traffic pun tak teruk sangat.

And my Ramadhan this year, mostly aku balik masak kat rumah. Sebab memang sempat sangat balik masak. Masak pun simple je. Takde la masak lauk 5-6 jenis kan. Setakat aku berdua ngan Irman je. Hannah pun bukan la makan berat. Lagi satu, aku frust pergi bazar ramadan sebab tak menepati selera aku. 

1 Ramadhan berbuka di rumah mertua kat Subang. Supposedly kata Irman sebelum ni, it's a tradition for all to berbuka kat sana on 1st Ramadhan. Tapi this year, kami je yang ada. Yang lain tak dapat datang. Takpela kan. So on the 2nd day, kami pergi bazar ramadan di Kelana Jaya. Dah terbiasa pergi sana since bujang sebab memang duduk situ dulu. But silapnya, kami stucked dalam jem after kastam and kat tol Sunway tuh. Kesudahannya... berbuka dalam kereta T_T

So, the next day kami try pulak bazar ramadan yang kat area rumah kami. Tak banyak sangat gerai tapi ok la. Beli roti john, murtabak and air cendol. Bila berbuka, semua tak habis sebab tak sedap. Hadoihhhh... So, for the next day onwards, aku pun bertekad la masak kat rumah je. Kecewaaaaa!!

Hannah 29 Julai ni dah masuk setahun 6 bulan. Kejap je kan. So nak kena inject lagi next Monday. Si tecit yang tak berapa kecik ni makin debab. Last timbang berat dah 10.5kg. Rasanya dah makin tambah. Dah tak larat nak dukung lama-lama. Dan mulut makin bising. Kalau dalam kereta memang tak berhenti bercakap. Tapi still bercakap bahasa minion. So tak paham sangat la. Kadang tu menyanyi-nyanyi. Pandai nyanyi Burung Kakak Tua. Tapi bunyi yang hujung-hujung je. Kadang-kadang nyanyi sorang-sorang "Achum achum ulalaaaaa...". Kadang tu siap menjerit macam nak marah orang. Letih la ibu nak melayan.

On the way to work/school. Muncung-muncung mulut nyanyi Burung Kakak Tua.

And Hannah dah ada favorite Disney animation movie. Tangled. Tak tahu la tang mana dia suka sangat cerita tu. Tapi yang pastinya bila je start movie part muncul poster Wanted: Flynn Rider kat pokok tu memang automatik Hannah datang duduk atas riba. Memang tahap melopong tengok cerita tu. Dan ulang 18 juta kali pun takpe. Aku memang record cerita tu. Dan sebab kerap sangat tengok, ada part yang dah sangkut-sangkut macam CD calar tu. Tahap tu sekali. Ibu ngan ayah memang dah hafal dah scene ngan line cerita tu. Lagu je tak hafal lagi. Phewww...

Nasib baik la si Eugene a.k.a Flynn tu ensem.

Bab makan Hannah memang tak perlu risau. Memang Hannah suka makan. Bila suap tak boleh lambat. Nanti mula la jerit AGI!! Maknanya LAGI!! So kena cepat je. Kalau time makan, biasa bagi Hannah makan dulu baru lepas tu ibu makan. Then take turn dengan ayah. Lepas ayah dah habis makan baru ibu makan. Kalau ambil Hannah kat school mesti cikgu dia report camni, "Hannah makan banyak hari ni". Huhuu.. Sabar je la. Jangan debab sampai ke besar dah la Hannah.

Makan roti dalam kereta. Seronok giler!

Hannah pun sangat suka kucing. Sama macam ibu. Hihii.. Kalau tengok kucing memang sampai meniarap atas lantai sambil terjerit-jerit. Kesian kat kucing tu ketakutan. Hannah setakat ni kenal 3 jenis binatang je; cat, dog and bird. Yang lain belum lagi. Sebab ni je yang selalu nampak. 

Tak tau la apa reaksi Hannah kalau dapat pegang kucen camni...

Well, dah masuk hari ke-18 berpuasa. Tak lama lagi nak raya. Baju Hannah dah siap. Kasut je belum. Ibu ngan ayah belum beli apa-apa lagi. Huhu

Anyways, till then. See you soon!

Selamat berpuasa! Jangan ponteng!!

xoxo,
{wanyusnira}

3.12.2013

Edisi Gigih: Part II

Salam!

Sementara nak turun lunch, buat ni kejap:

  
Gambar tahun lepas ni..

Nanti nak kumpul semua gambar Hannah boleh la lagi gigih. Miahaha!

p.s: Dah terima surat tukar ke CAST starting 1 April. Yippee!!


Credit to Shabby Blogs.com



CAST away,
{wanyusnira}

3.11.2013

Edisi Gigih

Salam!

Hari ni gigih download freebies dari Shabby Blogs lepas tu letak frame untuk gambar yang ada. Ni la hasilnya...

Hannah belum ada gigi time ni. Gigih posing atas meja. The resemblance: Hidung!

Ok. time ni dah ada gigi sebatang. Ni tengah menunggu ibu, ayah & wan pilih langsir. Memang poning!

Cute kan frame-frame nih? Banyak lagi download tadi tapi tak sempat nak edit lagi. Nanti la free sikit. Boleh download di Shabby Blogs. Banyak freebies. Suke!


Happy!
{wanyusnira}

3.07.2013

Random Updates

Salam!

Last entry was on 23.01.13. Sooooo many things happened since that. Memang banyak benda yang perlu updating.

We finally settled in to our new home in Puchong on 25th January. Another rumah sewa but yet far better from the previous one. So far so good. Still ada a few place to clean up and still a few boxes are not unpacked. Safety gate kat tangga pun belum pasang lagi. Dah beli before pindah lagi. Huhu

Hannah already a one-year-old on the 29th January. Tak sangka dah setahun dah anak ayah & ibu ni. Sekarang dah start berjalan. Gigi pun dah 3 batang. Still demam sekali sekala. Actually baru je baik demam & cirit-birit since Sunday. Kesian Hannah.

First time Hannah on high chair. Terharu sebab Hannah dah boleh duk sendiri :')

Terlopong nonton Upin & Ipin


Last time ambik darah at PPUM.

Dahi benjol macam flowerhorn. Jatuh kat nursery. Baru a few days tukar bilik toddler.

Owhmaiii... Besaunye otromen... Lagi tinggi dari Hannah... @ Giant KJ

Breakfast kat mamak. Sedang sibuk perati ane kesana kemari.

Nampak kaki je. Duk main bawah meja kat nursery.

Berenti minum at Petronas. Otw balik kampung jumpa tokwan & wan.


This morning at the clinic. Ngantuk & penat menunggu.



Tengah ibu dengan ayah bercakap Hannah dah tido dah...

Me. Still in CKK. Tengah tunggu keputusan untuk transfer. Harap-harap dapat la. Actually berdoa untuk dapat kerja tetap. Penat kerja kontrak. Masa depan kelam kabur. Tak kisah la gomen ke private, which ever yang provide assurance and benefits.

Farewell Hani at Pasar Ikan Manhattan MV with HOPT 4.

So far, it seems like 2013 is a better year than 2012. Banyak benda baik dan menggembirakan. Hati lebih lapang. Been thinking on and off about starting a scrapbook business. There are friends who encourage me on following my dreams. Terbakar jugak semangat bila ada yang menyokong. InsyaAllah.

Dah lama simpan niat ni. Kalau sempat, jenguk la The Skrapbook. It's a little dream haven't yet to come true. Do drop some comments on anything; suggestions/improvements/add on/etc. I really appreciate it. It may need some updating since it was dated back in 2010. So friends, do help me out! Thanks! :) :)



xoxo,
{wanyusnira}

1.02.2013

Entering Twenty Thirteen

Salam.

Well, it's already 2013. Sekejap je masa berjalan. Hujung bulan ni Hannah dah masuk setahun. Baru nak tumbuh gigi :)

2012 wasn't a great year for me. Minus Hannah, the others just fell apart. So, I'm hoping for a better year ahead. InsyaAllah.

The last few weeks were the most unhappy moment of my life. Working life; I just hit the bottom end. Getting the news of being transferred to another unit, knowing my performance result, it did give me something to ponder about. It made me to think more about my next move and focus on my career planning.

Throughout the year, Hannah asyik demam. Since June, she was taken for blood test for three times. The latest was last month and the result showed there were some infection but it wasn't serious and not to worry about. I took unpaid leave almost every month, three to five days to take care of Hannah at home. Bukan mudah nak jaga anak tengah membesar and of course, every mother would prefer to take care of their own child by themselves when they are not well. Kalau boleh nak berenti kerja time tu jugak jaga anak fulltime! Seriously, sape yang nak bagi strangers jaga anak dorang? Kalau dah terpaksa, dengan hati yang berat kami tinggalkan anak bawah jagaan pengasuh or nurseries.

Dan bila Hannah asyik demam, we tried to find out the source of the problem. Nak kata nursery, selsema tu dah macam common thing at nurseries. Hannah pun kadang-kadang selsema tapi tak lama and bukan jenis yang meleleh berhingus tu. Other kids takde pulak selalu demam macam Hannah. Until one day it came to me that we should relocate to a better house with better and cleaner surroundings. Our current house at Bandar Sunway was not as clean and hygienic for babies. So, bermulalah misi mencari rumah sewa baru. Our target place is Puchong. Trust me, it's not easy to find a good home within our specific budget. Jumpa rumah yang bagus tapi dah ada orang booking. Jumpa yang within our budget tapi jauh and the condition of the house was not well-maintained. Dah banyak rumah kami pergi tengok and it lasted for months to complete the mission.

Until 2 days ago, kami pergi tengok rumah di Bandar Kinrara. Dalam iklan seems okay and well kept. But the owner insists interested parties to check out the house first before calling in. So kami pun pergi la tinjau rumah tu lepas kerja. Then we understood on why she asked us to check the house first. It was in Indian community area. Ada kuil besar at the end of the street and a SRJK(T) nearby. So kami pun berkata "Patut la...". During our search for that house, aku terbaca iklan house for rent at Bukit Puchong. Baru je iklan for about an hour prior. So alang-alang dah kat Puchong kami pun ke sana. The location was nearer to Putrajaya compared to KL. Dah jumpa rumah tu, seems good and spacious. Dalam iklan pun tengok kat dapur dah siap ada kabinet and ada bedroom built-in wardrobe. So bincang-bincang dengan Irman and we decided to call the owner and arranged for viewing the next day (yesterday).

So semalam, as promised we reached the house at 3. Tuan rumah belum sampai. So aku call hp yang ada kat board kat rumah dia. They said they'll be there within 5 minutes. So kami pun duk berkira-kira dengan kawasan sekeliling. Very quiet and calming. Rumah tu dah di hujung taman. So rumah tu mengadap a mainroad to another housing area kat belakang sana. Tapi bukanlah mainroad tu betul-betul depan rumah tu. So tidaklah mengadap rumah orang lain. Tak lama lepas tu muncul la tuan rumah. Malay couple in their 50s. Bonus point sebab sebelum ni semua rumah kami tengok ownernya Chinese.

So kami pun masuk ke dalam lepas bersalam-salaman. The house was well kept. Previously, a lady and her mom occupied the house, so takde la rumah tu jahanam sangat. It was spacious and airy. Banyak tingkap and banyak cahaya masuk. The owner is still fixing a few things here and there, but overall it was good. So, bincang punya bincang, kami pun bersetuju and terus bayar deposit. Gembira teramat. Finally our months of searching and scouting for a new house ended. We had the keys and by now, we'll move some of our things beransur-ansur. By February, we'll move in completely since we still have another month to stay at our current house. We need to give a month notice before we move out. So next step is to pack our things up. Fuhhh... berpeluh ketiak sebut pasal pack and unpack nih. Brace yourself!

So, hoping that this new year will bring a better chance, rezeki yang bertambah and kehidupan yang lebih baik, InsyaAllah. Harapnya Hannah akan kurang demam once we move in to the new house. Hope I'll be learning more in the new unit and if Allah's willing, for us CFS to get the permanent post in JKR. InsyaAllah.


Baru bangun tidur.


p.s: Kontrak kami sambung setahun lagi until 31.12.2013. Alhamdulillah.



A new hope perhaps?
{wanyusnira}