Pages

7.26.2013

Ramadhan 1434H

Assalamualaikum...

Dah sangat lamaaaaaaa tak tulis blog. Sibuk kot. Dan mungkin malas.

Since March, most probably sibuk dengan kerja. Neverending. Letih mak. Tapi ok la dari duk melangut je kat ofis.

Puasa tahun ni aku tukar waktu kerja 7.30 - 4.30. So pagi paling lewat kena keluar rumah 6.30 - 6.40. Kalau keluar 6.30 sharp, boleh sampai ofis pukul 7. If keluar pukul 6.40 memang ngam-ngam 7.30 baru sampai. See the 10 minutes difference? Lewat keluar 10 minit dah lari 30 minit tau. Haish.

Since 4.30 terus berdesup balik, by 5.30 dah boleh sampai rumah. Heaven! Sebab sempat tengok matahari terbenam kat rumah. Gitewww. Sebelum ni aku balik 5.30. Dekat pukul 8 baru jejak rumah. So rasanya after this terus carry on masuk ofis pukul 7.30 la. Traffic pun tak teruk sangat.

And my Ramadhan this year, mostly aku balik masak kat rumah. Sebab memang sempat sangat balik masak. Masak pun simple je. Takde la masak lauk 5-6 jenis kan. Setakat aku berdua ngan Irman je. Hannah pun bukan la makan berat. Lagi satu, aku frust pergi bazar ramadan sebab tak menepati selera aku. 

1 Ramadhan berbuka di rumah mertua kat Subang. Supposedly kata Irman sebelum ni, it's a tradition for all to berbuka kat sana on 1st Ramadhan. Tapi this year, kami je yang ada. Yang lain tak dapat datang. Takpela kan. So on the 2nd day, kami pergi bazar ramadan di Kelana Jaya. Dah terbiasa pergi sana since bujang sebab memang duduk situ dulu. But silapnya, kami stucked dalam jem after kastam and kat tol Sunway tuh. Kesudahannya... berbuka dalam kereta T_T

So, the next day kami try pulak bazar ramadan yang kat area rumah kami. Tak banyak sangat gerai tapi ok la. Beli roti john, murtabak and air cendol. Bila berbuka, semua tak habis sebab tak sedap. Hadoihhhh... So, for the next day onwards, aku pun bertekad la masak kat rumah je. Kecewaaaaa!!

Hannah 29 Julai ni dah masuk setahun 6 bulan. Kejap je kan. So nak kena inject lagi next Monday. Si tecit yang tak berapa kecik ni makin debab. Last timbang berat dah 10.5kg. Rasanya dah makin tambah. Dah tak larat nak dukung lama-lama. Dan mulut makin bising. Kalau dalam kereta memang tak berhenti bercakap. Tapi still bercakap bahasa minion. So tak paham sangat la. Kadang tu menyanyi-nyanyi. Pandai nyanyi Burung Kakak Tua. Tapi bunyi yang hujung-hujung je. Kadang-kadang nyanyi sorang-sorang "Achum achum ulalaaaaa...". Kadang tu siap menjerit macam nak marah orang. Letih la ibu nak melayan.

On the way to work/school. Muncung-muncung mulut nyanyi Burung Kakak Tua.

And Hannah dah ada favorite Disney animation movie. Tangled. Tak tahu la tang mana dia suka sangat cerita tu. Tapi yang pastinya bila je start movie part muncul poster Wanted: Flynn Rider kat pokok tu memang automatik Hannah datang duduk atas riba. Memang tahap melopong tengok cerita tu. Dan ulang 18 juta kali pun takpe. Aku memang record cerita tu. Dan sebab kerap sangat tengok, ada part yang dah sangkut-sangkut macam CD calar tu. Tahap tu sekali. Ibu ngan ayah memang dah hafal dah scene ngan line cerita tu. Lagu je tak hafal lagi. Phewww...

Nasib baik la si Eugene a.k.a Flynn tu ensem.

Bab makan Hannah memang tak perlu risau. Memang Hannah suka makan. Bila suap tak boleh lambat. Nanti mula la jerit AGI!! Maknanya LAGI!! So kena cepat je. Kalau time makan, biasa bagi Hannah makan dulu baru lepas tu ibu makan. Then take turn dengan ayah. Lepas ayah dah habis makan baru ibu makan. Kalau ambil Hannah kat school mesti cikgu dia report camni, "Hannah makan banyak hari ni". Huhuu.. Sabar je la. Jangan debab sampai ke besar dah la Hannah.

Makan roti dalam kereta. Seronok giler!

Hannah pun sangat suka kucing. Sama macam ibu. Hihii.. Kalau tengok kucing memang sampai meniarap atas lantai sambil terjerit-jerit. Kesian kat kucing tu ketakutan. Hannah setakat ni kenal 3 jenis binatang je; cat, dog and bird. Yang lain belum lagi. Sebab ni je yang selalu nampak. 

Tak tau la apa reaksi Hannah kalau dapat pegang kucen camni...

Well, dah masuk hari ke-18 berpuasa. Tak lama lagi nak raya. Baju Hannah dah siap. Kasut je belum. Ibu ngan ayah belum beli apa-apa lagi. Huhu

Anyways, till then. See you soon!

Selamat berpuasa! Jangan ponteng!!

xoxo,
{wanyusnira}

No comments: