Pages

11.21.2013

30, Flirty and Thriving

Salam.

Sape yang pernah tonton 13 Going on 30 mesti ingat tajuk aku ni. Ayat tu dari Poise yang Jenna (Jennifer Garner) duk sebut-sebut dalam closet masa birthday partinya yang ke-13 tu. Tup tup dia bangun tidur umur dia dah 30. Haaaa... Kalaulah hidup ini seajaib tu kan. Tabur wishing dust and just make a wish!

I wish for otherwise!

I'm already 30 last September. Welcome middle age me! 

It wasn't so bad being 30. Takde la menakutkan sangat. Aku pun bukanlah kisah kalau ada yang tanya umur berapa. Tak pernah pulak segan-segan nak jawab. Age is just a number. But hopefully you'll be wiser with that increasing number and see life better. 

Dan alhamdulillah, life is getting better. Hannah pun dah makin besar and makin banyak perangainya. Kadang tu penat jugak la nak melayan. Ada hari nampak comel je. Ada hari rasa nak debik je. Time tidur kesian pulak bila kena marah sebelum tu. Tapi itu la penghibur hati. Layankan aje. Nanti dah besar rindu pulak zaman dia kecik-kecik ni kan.

Time ni menyibuk nak tolong Irah potong sayur nak buat popia. Dapat la pegang kacang panjang dengan pisau plastik pun jadi la.

Sekarang ni dah pandai tengok kartun lain. Dulu manjang Tangled je. Sekarang dah pandai tengok Beauty & the Beast, Princess & the Frog, Toy Story, Little Mermaid, Brother Bear, etc. Mostly Disney's animations sebab Hannah suka tengok kartun yang ada menyanyi-nyanyi ni. Monster House pernah dia tengok sekali. Bila nak tengok lagi sekali dah taknak sebab takut. So ibu dan ayah memang takde can la nak tengok tv sebab semua cerita tu rekod kat PVR. Patut Hannah je yang bayar bil Astro sebab dia yang conquer tv. Haish.

Tapi sejak kebelakangan ni kami ada bagi Hannah tengok Upin Ipin kat youtube. So, sekarang pantang nampak laptop mesti "Pin Pin!!". Upin Ipin la tu. So dalam kereta pun bagi dia tengok Upin Ipin sebab taknak bagi dia memanjat sampai ke depan. So duk diam la sikit dalam kereta. Kalau tak ada je trick nak pergi kat Ayah tengah driving. 

Menonton Upin Ipin. Siap posing meniarap bagai. Sabar je la aku.

Semalam pergi Carrefour Midvalley bukan main bising lagi menjerit "Pin Pin!!!" duk dalam troli. Kat bahagian baby memang ada letak kadbod Geng Upin Ipin besar-besar kat atas rak semua. So si Hannah ni memang bising la duk jerit "Pin Pin!!!". Letih la jugak nak layan. Nak tengok barang pun susah. Even kadang tu tengok Upin Ipin sampai tertidur depan laptop. Taksub benor! Tepuk-tepuk nak bagi tidur pun tak bagi. Sanggup tahan mengantuk berguling-guling depan laptop tengok Upin Ipin. Hadeii.. Kuat benar pengaruh Upin Ipin ni kat budak-budak.

Kalau balik kampung, mula seronok sampai taknak minum susu, taknak tidur. Sibuk nak berkawan dengan sepupu-sepupu yang lagi besar dari dia. Kalau balik Subang, BFF Hannah is Fariha. Memang klik la 2 orang ni. Main sama-sama. Berlari keliling rumah sambil terjerit-jerit. Tapi ok la sebab berkawan elok-elok. Tak bergaduh. Sebab 2 orang ni je yang perempuan. Yang lain semua lelaki. Sorang lagi perempuan, Mira dah nak masuk Tingkatan 5. So jauh sangat beza umur. 

Dengan Budriz di Kuantan. Entah main apa masa ni.

Tengok tv sama-sama.
 
Budriz pakai topeng, Hannah pun nak pakai topeng jugak.

Ni dengan Fariha menyibuk kat abang-abang.

Fariha dah tidur. So join Ayah main dengan abang-abang pulak. Padahal dah ngantuk tu.

Kelakar tengok budak-budak ni berkawan. Semua buat benda sama. Comel. 

Rindu zaman aku kecik-kecik dulu bila balik kampung jumpa sepupu-sepapat. Merepek-repek je. Keliling kampung naik basikal, mandi pantai sampai tengahari (balik kena marah sebab hitam legam duk berjemur). Adventure zaman kanak-kanak dulu tak sama dengan kanak-kanak sekarang. Sekarang semua indoor. Depan gajet. Tak berpeluh pun. Rugi sangat.

Nampak sangat dah masuk middle age sebab duk reminisce zaman kanak-kanak. Rindu zaman kanak-kanak yang tak perlu pikir macam-macam tu. 



Kerinduan,
{wanyusnira}