Pages

1.20.2014

Istiqamah




اﻟﺴﻼمﻋﻠﻴﮑﻢ



Gigih sangat taip dalam Word perkataan assalamualaikum dalam tulisan jawi. Heheh.. Usaha tangga kejayaan. 

Sebenarnya, dalam beberapa episod kematian orang terdekat dengan aku, ada satu kematian yang beri kesan yang agak dalam pada aku. Sampai sekarang pun bila teringat pada arwah, mesti berair mata. Entah kenapa.

Arwah ialah mak saudara aku. Aku teringat semasa arwah dah tak berapa sihat tu kami pernah beberapa kali menziarah arwah di rumah anaknya di Shah Alam. Dan mak pernah cerita, katanya arwah bagitahu mak yang arwah nak mengaji al-Quran. Tapi disebabkan arwah ketika itu diabetes, penglihatan arwah memang dah kabur. Bukan setakat membaca, sapa-sapa yang datang menziarah pun arwah dah tak boleh cam sebab penglihatan dah kabur. Kami selalunya bersalam dengan arwah sambil memperkenalkan diri kat arwah sebab arwah dah tak nampak.

Dan lepas arwah pergi, bila teringat pasal hajat arwah tu aku rasa sedih sangat sebab arwah tak mampu nak mengaji disebabkan masalah penglihatan di akhir hayat arwah. 

Sejak tu jugak, aku ambil masa setiap hari antara maghrib dan isyak untuk mengaji al-Quran. Selagi Allah bagi nikmat penglihatan yang baik ni biarlah aku gunakan untuk mengaji. Mana tahu satu hari nanti Allah tarik balik nikmat tu, baru la aku menyesal sebab tak manfaatkan sepenuhnya. Dan insyaAllah, aku sedekahkan bacaan al-Quran untuk arwah setiap kali.

Tapi tu dulu. Zaman aku bujang dan still tinggal dengan mak abah. Terus-terang aku cakap sejak kembali kerja di KL dan lepas kahwin, memang jarang sangat mengaji. Balik kerja sampai rumah dah nak habis waktu maghrib. Lepas siap solat sediakan makan malam. Bila dah ada anak memang lagi sibuk. Uruskan suami, anak, rumah tangga. Kadang-kadang masa untuk diri sendiri pun takde. Aku tahu, tu semua alasan. Nak seribu daya.

Sekarang ni, bila dah tukar waktu kerja 7.30-4.30, petang sebelum pukul 6 dah boleh sampai rumah. Sempat sangat nak masak, mandikan Hannah sebelum maghrib. Cuba jugak luangkan masa lepas maghrib mengaji. Macam biasa, si Hannah datang jugak mengacau tarik-tarik Quran. Tapi bila mengaji pakai Quran di handphone takde pulak dia datang mengacau. So kena pakai versi digital la jawabnya. 

Cuma sekarang masih belum berjaya untuk teruskan aktiviti mengaji tu setiap hari. Dijadikan rutin dan terus istiqamah. 

InsyaAllah. Akan diusahakan. InsyaAllah. 



{wanyusnira}

1.05.2014

Outdated

Salam.

Since I've been off the facebook universe for so looooonnngggg, I have missed out quite a number of events. Especially on friends' weddings. So sorry guys. 

Seriously, aku memang dah lama tak jengah fb. Kadang-kadang log in just tengok notifications and friend requests. So just respond on those notifications. Plus, aku memang dah kurang mengaktifkan diri dalam social websites ni. Blog ni pun update ikut mood. Dah tua kot. Kof kof.

I don't have instagram account and definitely no keek account too. Twitter ada tapi jarang sangat la nak log in. Nak tweet pun tak berapa nak reti. Let it be retweet or whatsoever. I'm such a caveman!

So friends out there, if you ever try to reach me ASAP, don't facebook me or tweet me. It will take you another century to get a reply. Seriously. If you need urgent replies, whatsapp me or simply text me. I'm still using the same number since my UTM days. You can also G-Talk (so oldskool) me. I think the new name for GTalk is Shoutout Hangout I guess. My gmail is still wanyusnira@gmail.com. Kalau dah hilang no hp aku, pm me. Kes ni banyak berlaku bila dah tukar hp biasanya. Or hilang hp.

Pada kawan-kawan yang aku terlepas wedding masing-masing, aku mintak maaf banyak-banyak. Biasa aku akan attend weddings if takde aral. Aku doakan anda semua bahagia dunia akhirat. I'm deeply sorry.

And for those yang dapat anak, tambah anak, tambah isteri (ada ke?), diucapkan tahniah dan selamat menjadi ibu bapa. Kalau ada yang tambah isteri tu, tahniah jugak dan selamat menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan adil. Hehe.

Ok. Dah macam apa pulak kan. Hope to keep in touch with old friends/flames/crushes out there. And for friends yang selama ni duk baca blog ni senyap-senyap, thanks sebab masih ambil berat :)

Till then, ciao!



Love,
{wanyusnira}

1.02.2014

Twenty Fourteen

Salam.

Already in 2014. Another year has passed and now welcoming another new year. My new year resolutions? Never had any. I don't believe in making resolutions every single year if it's the same thing from last year and you couldn't achieve it. And you don't have to wait for a new year to set your goals in life. Just be better than before in what ever you do.

Let's rewind some of my favourite candid moments throughout 2013.

Di suatu pagi. Lupa dah nak ke mana. Tapi tak sangka camera 3MP aku tu mampu tangkap cahaya pagi tu cenggini :)

 
Tokwan & Hannah at Penang. Di rumah Abg Yie masa pergi daftar Irah di UiTM Penang.

Makan Time is Happy Time!! At CRS TSquare with Mami & Ayah


Hannah & her two grandpas. Hannah tertidur atas bahu Tokwan just before sampai rumah Atok. Then terjaga nak duduk dengan Tokwan. Taknak dengan Atok. Kesian Atok.


That nosy little kid. Upon reaching Irah's college. Si Hannah sibuk bertenggek kat tengah tu macam reti baca signboard --"

The only time we managed to keep her hair tied while out and about. Tangan berplaster sebab suka garu sampai berdarah-darah.

Shopping in Daiso

A few others are still in my phone. Some using Instax. Belum cari album sesuai lagi nak simpan all those photos. 

Well... Happy new years boys and girls! Have a great year ahead!



2014,
{wanyusnira}