Pages

1.20.2014

Istiqamah




اﻟﺴﻼمﻋﻠﻴﮑﻢ



Gigih sangat taip dalam Word perkataan assalamualaikum dalam tulisan jawi. Heheh.. Usaha tangga kejayaan. 

Sebenarnya, dalam beberapa episod kematian orang terdekat dengan aku, ada satu kematian yang beri kesan yang agak dalam pada aku. Sampai sekarang pun bila teringat pada arwah, mesti berair mata. Entah kenapa.

Arwah ialah mak saudara aku. Aku teringat semasa arwah dah tak berapa sihat tu kami pernah beberapa kali menziarah arwah di rumah anaknya di Shah Alam. Dan mak pernah cerita, katanya arwah bagitahu mak yang arwah nak mengaji al-Quran. Tapi disebabkan arwah ketika itu diabetes, penglihatan arwah memang dah kabur. Bukan setakat membaca, sapa-sapa yang datang menziarah pun arwah dah tak boleh cam sebab penglihatan dah kabur. Kami selalunya bersalam dengan arwah sambil memperkenalkan diri kat arwah sebab arwah dah tak nampak.

Dan lepas arwah pergi, bila teringat pasal hajat arwah tu aku rasa sedih sangat sebab arwah tak mampu nak mengaji disebabkan masalah penglihatan di akhir hayat arwah. 

Sejak tu jugak, aku ambil masa setiap hari antara maghrib dan isyak untuk mengaji al-Quran. Selagi Allah bagi nikmat penglihatan yang baik ni biarlah aku gunakan untuk mengaji. Mana tahu satu hari nanti Allah tarik balik nikmat tu, baru la aku menyesal sebab tak manfaatkan sepenuhnya. Dan insyaAllah, aku sedekahkan bacaan al-Quran untuk arwah setiap kali.

Tapi tu dulu. Zaman aku bujang dan still tinggal dengan mak abah. Terus-terang aku cakap sejak kembali kerja di KL dan lepas kahwin, memang jarang sangat mengaji. Balik kerja sampai rumah dah nak habis waktu maghrib. Lepas siap solat sediakan makan malam. Bila dah ada anak memang lagi sibuk. Uruskan suami, anak, rumah tangga. Kadang-kadang masa untuk diri sendiri pun takde. Aku tahu, tu semua alasan. Nak seribu daya.

Sekarang ni, bila dah tukar waktu kerja 7.30-4.30, petang sebelum pukul 6 dah boleh sampai rumah. Sempat sangat nak masak, mandikan Hannah sebelum maghrib. Cuba jugak luangkan masa lepas maghrib mengaji. Macam biasa, si Hannah datang jugak mengacau tarik-tarik Quran. Tapi bila mengaji pakai Quran di handphone takde pulak dia datang mengacau. So kena pakai versi digital la jawabnya. 

Cuma sekarang masih belum berjaya untuk teruskan aktiviti mengaji tu setiap hari. Dijadikan rutin dan terus istiqamah. 

InsyaAllah. Akan diusahakan. InsyaAllah. 



{wanyusnira}

No comments: