Pages

5.01.2014

Soal Rezeki

Assalamualaikum...

Dah agak lama tak berbicara di sini. Sibuk dan tak rasa nak update apa-apa kat sini.

Sibuk di ofis tu macam biasa la. Baru je selesai kerja-kerja audit. Kat rumah hal-hal rumah. Rutin mak-mak. Sekarang pulak dengan catuan air, lagi la terkejar-kejar. 

Mula dari awal April, rumah kami pun dah kena catuan air setiap 2 hari. Jenuh la duk tadah air dalam tong. Tong air pun naik harga agaknya. Semua berebut beli tong air yang besar. Kami yang 3 orang je serumah takde la kritikal mana berbanding yang 5-8 orang serumah. Belum lagi kalau ada anak-anak kecik. Lagi kesian. Walaupun Lembah Klang ni boleh dikatakan setiap petang hujan, catuan air masih diteruskan. Hopefully it will end soon. Setakat ni dah 3 hari berturut kat rumah ada air. Pelik jugak. Tapi masih berjaga-jaga. Mana la tahu. Tapi bila kita sendiri terlibat dengan catuan air ni, sekurang-kurangnya kita lebih menghargai air. Kurang la sikit nak membazir air. Pengajaran yang baik sebenarnya.

Sebut soal rezeki, ada 2 benda yang berlaku back to back. Dua-dua bukan rezeki aku. InsyaAllah, ada rezeki yang lebih baik lepas ni. Terasa sedikit sedih and  I'm a bit down at the moment but it's okay. Time will heal. Maybe next year. 

As for now, back to square one. Start all over again. Try harder, pray harder. 



All the best,
{wanyusnira}

No comments: