Pages

6.22.2017

Twenty Seventeen

Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan..

Wow.

Dah lebih setahun tak jengah blog. And it's already June 2017!! Last post was November 2015. Phewww.. Seriously, dah bermacam benda berlaku within that period.

Obviously, aku tidaklah rajin nak recap the whole 2016 here. Banyak sangat and I forgot most of it. Getting older ya!

Anyway, I still miss writing here. Bila baca balik postings aku zaman awal-awal menceburkan diri dalam dunia blogging ni terasa BBNU sangat! And as time pass, boleh la baca yang aku semakin matang seiring dengan usia gitchewww..

But let me share some of the milestones yang menjadi highlight of the year for me.

One. Lantikan tetap. Alhamdulillah after more than 6 years of being a contract staff, akhirnya dimurahkan rezeki untuk ditawarkan ke jawatan tetap. Interview after interviews, doa dan sabar, Allah makbulkan doa dan usaha kami. Terima kasih pada doa mak abah, mak ayah, suami, keluarga dan kawan-kawan semua. Dah macam ucapan menang anugerah je kan 😀 It was one of the happiest day of my life.

Two. Another addition to the family member. Yep. Macam last post dah bagitau new family member kan? So yes, here's another one. Another baby boy was born last September. Earlier than the EDD, Irman tak sempat sambut sebab the baby was eager to see the world. During pregnancy, I was diagnosed with polyhydramnios. Bahasa mudahnya air ketuban terlebih. Memang perut pun besar masa tu. 5 months was like 9 months pregnant. Orang asyik tanya bila due walhal lagi 2 bulan kottt... Letih tau nak jawab soalan sama 😖😖

One of the risk of poly is early child birth, or baby asyik berenang je and tak get into position. Possibility untuk breech tu tinggi. I was referred to Hosp Sg Buloh. Jumpa pakar a few times. One of them explained about this poly. Katanya ada 3 sebab:

  1. For no reason air ketuban tu banyak. This was like 60-80% of the case. So no need to worry.
  2. Baby sumbing. So baby tak dapat nak telan air ketuban. That is why air ketuban tu banyak.
  3. Hormonal issues. Baby probably down-syndrome. This is due to the age of the mother. Aku masa tu 33 y.o. Rasa la dah tua jugak. And of course the explanation from the doctor buat aku risau. And that was only a few weeks before my due. Dalam hati tuhan saja yang tahu. Cuma doa je la. 
Alhamdulillah, this was the easiest labour experience for me. Sekejap je contraction. Masuk labour room dah buka 10cm. Masa pecahkan ketuban, doctor bagitau baby dah buang air besar, The risk is baby mungkin dah tertelan najis. Allah..  Doc terus suruh push sebab dah 10cm and dalam 10 min dah selamat bersalin. Anyhow, bila baby dah keluar he didn't cry. Aku dengar doc duk sedut and tepuk-tepuk baby. Dan sempat jugak aku jeling while the doctor and nurses tengah struggling with the baby. Boleh nampak kakinya biru. Mak dengan Along yang temankan aku masuk labour room. Aku tanya Along kenapa dengan baby? She just said he's ok. Takde apa lah, But yes I can see he was all blue, Alhamdulillah tak lama lepas tu dengar baby nangis . Leganya Allah saja yang tahu.

Lepas selesai all the stitching and stuff, tunggu baby. By this time Abah and Ayie dah datang. Irman was on his way dari KL. Tunggu punya tunggu then nurse datang bagitau kena bawa baby ke hospital sebab ada risk dia dah tertelan najis. So to be safe, terus bawa ke hospital for further check-up on his lungs. So, Along yang bawakkan baby ke hospital dengan nurse. Aku tunggu dengan mak and later Irman pun sampai.

Esoknya lepas discharge terus pergi hospital. Kesian baby muka calar-calar sebab duk hisap jari. Kuku panjang pulak tu. Kena tunggu dulu untuk tengok ada kuning ke tak. Lama jugak. Sempat pergi lunch dulu. And memang slightly kuning pun. So kena stay another night di hospital. Tidur bawah lampu. Kesian babies kat ward sebab sangat sejuk. Tapi kena jemur bawah lampu tu tak la sejuk sangat. He was discharged the other day. Alhamdulillah.. But still kena follow up sebab kuningnya naik balik. Hehe

He is almost 9 m.o now. Sekejap je kan. Oh.. The name is Hasif. Manja budaknya. Tapi cepat sangat matang. Selalu perati abang dan kakak duk main.

Hasif landing atas riba abang 💕

Three. Sepertinya dah tak ada apa yang nak diceritakan. Oh ye, our only brother dah kahwin last year. Tahniah!! Now expecting their first baby in August. Harap semua selamat.

What else? Rasanya itu je dulu. In shaa Allah, I'll update if have the time and mood. Salam Ramadhan semua. Tinggal berapa hari je lagi dah nak raya. Rasanya tahun ni paling cepat Ramadhan berlalu pergi. Pejam celik pejam celik dah nak raya. Harap dapat bertemu lagi Ramadhan tahun depan. Amin..

Maka, dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin. Mohon maaf di atas semua salah silap yang sengaja atau tak disengajakan. Halalkan makan minum. Kalau ada hutang boleh tuntut segera. In shaa Allah akan dilangsaikan.



Lots of 💗
{wanyusnira}

No comments: